

About Me:
Niat bantu wanita lain jana pendapatan beri beliau kepuasan.
Anda pasti pernah nampak billboard beliau di tepi lebuh raya. Kalau belum tengok, anda pasti akan nampak billboard pink wanita berpurdah ini bila anda pulang ke kampung untuk berhari raya nanti.
Apa yang beliau buat sehingga mampu membuat iklan billboard yang yang besar dan banyak di seluruh lebuh raya?
Puan Nur Aini Zolkepli, pemilik produk kecantikan Nurraysa Beauty ini hanya berusia 24 tahun. Seorang surirumah dan ibu kepada 3 anak ini memulakan perniagaan sabun marine collagennya hanya dengan modal RM500.
Sebelum berada di tahap sekarang, beliau telah banyak mengharungi segala halangan. Anda pun boleh berjaya seperti beliau. Setiap segala sesuatu tindakan atau perbuatan adalah bermula dengan niat. Sebelum anda melakukan sesuatu, tanya diri anda kembali, kenapa aku buat ini? Kenapa aku di sini? Soalan ini sepatutnya sering kali di ajukan pada diri kita sendiri untuk muhasabah.
Kita yang Muslim lebih lagi mengambil berat tentang niat ini kerana setiap balasan baik atau buruk perhitungan bagi perbuatan kita adalah dimulai dengan niat. Bagi yang bukan Muslim pun, dengan berniat maka terzahirlah perbuatan. Sudah sememangnya lumrah manusia, kerana tidak mungkin kita sedang membaca blog ini sedangkan kita tidak berniat untuk membacanya.
Seperti Puan Nur Aini, perubahan-perubahan yang berlaku di dalam hidup beliau bermula dengan memperbetulkan niat. Ini adalah antara perkara utama yang ditekankan di dalam program kami dan sering kali di ulang agar kita tidak lari dari landasan dan objektif mencapai matlamat kita dan agar kita tidak lupa connection dengan Source yang sebenarnya.
“Sehebat mana pun marketing kita, tetapi kalau hubungan kita dengan Allah kita tak jaga, maka tak akan jadi juga benda tu.Sebab rezeki, keberkatan semua datang daripada Allah, bukan daripada usaha kita.”
Berbekalkan niat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengeluarkan modal berniaga serta membantu kaum wanita terutama surirumah menjana pendapatan, perniagaan beliau mula berkembang. Ramai manusia mahu berjaya tetapi tak tahu kenapa mereka perlu berjaya.
Menurut Pemilik Nurraysa Global Sdn Bhd yang mempunyai sekitar 2000 agen di seluruh negara ini “Alhamdulillah saya cakap, saya submit doa, saya nak bisnes, saya nak ada banyak waktu dengan keluarga dengan ibu bapa, anak anak, family. Saya nak sendiri yang jaga diaorang.”
Jika anda mahu belajar ilmu yang sama seperti dipelajari oleh Puan Nur Aini, yang InsyaAllah boleh membantu anda untuk menjadi usahawan berjaya, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.
ORDER NOW
Email: info@mysite.com